Wednesday, 14 November 2012

JENIS-JENIS NAJIS

PETA MINDA JENIS NAJIS


Web sokongan


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, di bawah ini dinyatakan beberapa web yang boleh membantu para ustaz-ustazah untuk mendapatkan bahan sokongan beri manfaat berkaitan Pendidikan Islam. Diharapkan dapat dimanfaatkan untuk kebaikan kita bersama.

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MODUL IBADAH

TARIKH
10 Ogos 2012
HARI
Jumaat
MASA
7.50-8.20 pagi
BIDANG
Pendidikan Islam Tahun 4 (Ibadah)

KEMAHIRAN

Bersuci daripada najis
~Cara menyucikan najis ~
  •                 Najis mukhaffafah
  •             Najis Mutawassitah
  •                 Najis Mughallazah


OBJEKTIF

Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
        1)Menyatakan cara menyucikan najis mukhaffafah, mutawassitah dan mughallazah secara beramai-ramai dengan betul
         2) Menjelaskan cara menyucikan najis mukhafaffafah, mutawassitah dan mughallazah secara individu dengan tepat.

PENERAPAN NILAI

  •         Bersih
  •         Berdisiplin


REFLEKSI




Tuesday, 13 November 2012

Mengucap dua kalimah syahadat

Assalamualaikum w.b.t. bertemu lagi dalam post kali ini, alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk sama-sama kita berkongsi tentang rukun Islam yang pertama iaitu Mengucap Dua Kalimah Syahadah. Mari sama-sama kita fahami apa yang dimaksudkan dengan syahadah.

Syahadah (الشهادة), atau ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam keEsaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad S.A.W sebagai RasulNya. Mengucap dua kalimah syahadah merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam. Apabila dinyatakan dengan kuat secara ikhlas, seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan dirinya sebagai penganut baru agama Islam


Pengucapan syahadah :


  • Teks bahasa Arab:
    • لا إله إلا الله محمد رسول الله
  • Transliterasi:
    • LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
  • Terjemahan ke bahasa Melayu
    • Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.


Menjadi kewajipan kita yang beriman untuk selalu memperbaharui syahadah kita terutama sekali pada waktu pagi dan sebelum tidur. Ini berkemungkinan ada perbuatan dan pertuturan yang kita lakukan sepanjang hari tanpa disedari boleh membuatkan gugur syahadah kita sebagai Islam. Nauzubillah min zalik. Apa pun sama-samalah kita amalkan amalan syahadah ini untuk memastikan Iman kita  sentiasa dalam peliharaan Allah. InsyaALLAH. 


Sama-sama kita hayati syahadah di bawah. Kalau boleh sama-sama ikut, alhamdulillah lagi bagus ;-)

RUKUN ISLAM ADA 5..

Monday, 8 October 2012

Doa Sebelum Belajar



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani, Assalamualaikum pembuka bicara, selamat datang ke laman blog Pendidikan Islam SK Tambulian. Awal kata  sama-sama menghayati doa sebelum memulakan sesuatu sesi pembelajaran yang sememangnya menjadi rutin bagi sebilangan guru yang beragama Islam.Semoga dapat dijadikan pedoman untuk kita memperoleh keberkatan pada diri dan anak didik seluruhnya InsyaALLAH.